Bab 1
10 tahun kemudian
Muzik yang bingit berdenyut secara berirama daripada kelab itu, papan tanda neon yang besar berwarna ungu itu bertukar warna seiiring dengan rentaknya. Cahaya itu memancarkan sinar yang menakutkan kepada bangunan yang bertentangan dengannya. Di atas bumbung bangunan itu, seorang lelaki berambut pendek perang keemasan, berdiri dengan satu kakinya memijak tepi bangunan. Dia membongkok ke hadapan, sebelah sikunya diletakkan di atas lututnya yang bengkok, sementara dia menikmati rokok yang menyala di tangannya.
Kane Tripp melentokkan kepalanya sedikit dan menyela rambut pendeknya yang bergaya pacak. Dia benci memotong rambutnya, rindu dengan panjangnya satu masa dulu. Dia masih ingat kelembutan rasa rambutnya mengusap belakang badannya. Diangkatnya putung rokok ke mulutnya, dia menghela sedalam-dalamnya mengetahui banyak perkara yang dirinduinya, seperti rokok yang biasa dihisapnya sebelum dia ditanam hidup-hidup dan dibiarkan untuk mati.
Empat puluh tahun yang lalu akibat kecuaiannya dia ditangkap oleh Malachi, ketua satu puak kecil jaguar, dan dituduh membunuh pasangan seorang pengubah bentuk. Sebelum kejadian malam itu, Kane mempunyai hubungan yangn baik dengan puak jaguar, dan ketua mereka ialah salah seorang sahabatnya yang paling rapat. Bibir Kane menipis mengingat memori itu. Malachi telah mencuba, mengadili dan menjatuhkan hukuman dalam bara kemarahan.
Dengan menggunakan jampi daripada buku yang Kane fikir telah disembunyikan dengan sangat berhati-hati, Malachi telah mengikatnya dengan sumpahan, tidak mampu untuk bergerak atau bercakap... tidak dapat membela dirinya sendiri sekalipun. Kemudia dia menanggalkan subang batu darah yang membolehkan dia berjalan bebas id bawah cahaya matahari. Batu darah tersebut dahulunya dimiliki oleh pontianak yang pertama, Syn.
Kane pernah sekali bertanya bagaimana boleh ada yang pertama dan jawapannya membuatkannya tersentak.
Syn telah hadir ke dunia ini bersendirian, dalam keadaan cedera dan kelaparan. Seorang lelaki muda telah menjumpainya dan akibat terlalu lapar, Syn telah menghisap darah lelaki itu. Pontianak itu segera mengetahui bahawa manusia di dunia ini adalah makhluk yang lemah, yang rohnya akan meninggalkan tubuh mereka jika dia kongsikan darahnya, dengan harapan untuk membina keluarga di atas planet ini. Tapi sebaik sahaja roh hilang, mereka tidak lagi berguna kepadanya dan tidak lebih dari sekadar raksasa.
Semasa dalam kehidupan tanpa penghujungnya, Syn hanya menemui tiga orang manusia yang masih kekal mempunyai roh... menjadi anak-anaknya. Satu-satunya perbezaan mereka adalah bila mereka telah ditukar menjadi pontianak, matahari akan membakar kulit mereka... menyebabkan mereka dan adik-beradik raksasa mereka terpaksa bersembunyi dari cahaya waktu siang.Ini tidak pernah menjadi masalah di planet asal Syn disebabkan oleh batu darah.
Gelang tangan tebal yang selama ini dipakai oleh Syn datang dari dunia asalnya dan diperbuat dari Batu Darah. Mengikis sekeping batu daripada gelang tangannya, dia mereka bentuk batu itu menjadi sebentuk cincin, seutas rantai dan subang tunggal. Kane sekali lagi menggapai dan menyentuh subang yang dipakainya.
Walaupun batu darah telah memberikannya kehidupan separa normal... sebaliknya buku jampi milik Syn yang menjadi punca kejatuhan Kane. Syn telah meninggalkan buku itu untuk pilihannya gunakan dengan bijaksana sementara dia beradu. Di dalamnya terkandung jampi mencelaka, satu cara untuk menghentikan kanak-kanak tanpa roh itu jika mereka menjadi ancaman besar kepada manusia.
Kerana jampi mencelaka itu digunakan padanyalah, Kane hanya dapat melihat dengan matanya yang gelap, tidak berkedip semasa bekas sahabatnya menggambus tanah hitam di atasnya. Perkara terakhir yang dia ingat adalah melihat bintang-bintang yang penuh menghiasi langit malam di atas hutan berisi pepohon itu.
Kegelapan telah menelan segalanya dan kesunyian memenuhi segenap ruang. Jampi itu telah mengikatnya tetapi dia masih boleh merasakan benda-benda dalam tanah menyusur di atasnya. Makhluk kecil, fana yang mengelak dari memakan isi badannya yang belum mati, tetapi tanpa sedar menggerogoti jiwanya.
Seiring masa beredar, dia sangat pasti yang dirinya telah menjadi gila, dan kemudian dia mula kerap mendengar bunyi-bunyian... suara manusia. Mereka seperti mengalu-alukan di dalam penjaranya dan dia sangat teringin untuk mendengarnya lagi. Kadang kala, dia dapat mendengar suara dari seluruh keluarga, dan di masa lain dia hanya terdengar suara orang dewasa.
Ada masanya dia akan cuba untuk melawan jampi itu, untuk menjeri minta pertolongan atau mungkin jadi peneman buat dirinya. Namun kuasa dari jampi itu segera menekannya, membuatkan tubuhnya tidak berdaya. Dia tahu jampi ini... dia pernah menggunakannya pada raksasa. Jampi ini menggunakan magis yang agak kompleks yang memerlukan darah seseorang yang dicintai untuk melepaskannya. Satu jampi cinta yang cukup kuat yang hanya teman sejiwa mangsa sahaja yang boleh meleraikannya.
Ianya memang sangat berkesan kepada pontianak tanpa jiwa kerana mereka perlu mempunyai jiwa untuk mempunyai teman sejiwa. Dia telah menggunakan jampi ini lebih dari sekali untuk menghapuskan adik-beradiknya yang bertukar menjadi iblis pembunuh, yang tidak lain hanya dahagakan darah.
Kane ketawa terbahak-bahak mengenang memori yang menghantuinya itu, tahu yang dirinya telah musnah... kerana dia tidak mempunyai teman sejiwa. Sekurang-kurangnya, dia tidak pernah bertemu seseorang seperti itu. Dan kalaupun dia ada seseorang yang dicintainya, maka adalah mustahil yang wanita itu tersandung di atas kuburnya dalam keadaan berdarah. Malachi benar-benar patah hati dia sangat mencintai isterinya sehingga dia mahu Kane tahu betapa dalam cintanya itu dan sangat mendambakannya.
Ya dia sangat mendambakannya. Berkali-kali airmatanya tumpah, merayu tak kiralah apa-apa dewapun agar mendengarnya, untuk mengembalikan teman sejiwanya kepadanya supaya dia boleh bebas. Jika benar dia yang membunuh isteri sahabatnya, maka ia hanya akan menjadi satu hukuman. Tetapi dia tidak bersalah dalam hal ini.
Suatu malam, setelah lama dia berputus asa... dia mendengarnya. Bunyi ngauman Malachi yang berbeza memecah monolog dalaman gilanya, ditemani oleh satu lagi jeritan kemarahan datang daripada haiwan lain. Kemudian yang lebih memeranjatkan, dia mendengar suara seorang kanak-kanak perempuan betul-betul di atasnya menjerit pada keduanya supaya tidak mengapa-apakan anak anjingnya.
Bunyi suara budak perempuan yang kecil dan ketakutan itu telah memecahkan sesuatu dalam dirinya, membuatkannya bersungguh-sungguh mahu bebas, supaya dia dapat melindungi anak kecil itu daripada binatang ganas di waktu malam.
Malachi tidak akan mencederakan anak anjing kamu si kecil, Kane berbisik dalam mindanya.
Memang benar. Malachi tidak mungkin akan mencederakan sesiapa melainkan mereka menzaliminya dengan teruk... terutamanya kanak-kanak. Mengetahui yang sahabatnya berada dekat di atas, Kane merasakan percikan kehidupan kembali kepadanya. Dia semakin marah apabila dia mendengar gadis kecil itu menjerit sekali lagi dan dia mendengar sesuatu terhempas kuat ke tanah. Darah dia terhidu bau tumpahan darah segar yang masuk melalui celah-celah tanah lembut menuju ke arahnya.
Ianya adalah perkara paling menggembirakan yang pernah dihadapinya. It was the most welcome thing hed ever encountered. Aroma tersebut memenuhi segenap mindanya dan hampir membawanya ke tahap kegilaan yang lebih tinggi, mengetahui yang dia tidak mampu menggapainya. Dia tersangat lemah kerana mengahbiskan banyak masa tanpa sekali pun minum kehausan seperti nak mati tapi tak juga mati. Masa itulah dia terasa satu dari jemarinya bergerak.
Kane menumpukan sepenuh tenaganya kepada itu dan tetapkan apa yang tinggal di mindanya untuk cuba bergerak. Dia dapat merasakan hari berganti hari, berdasarkan pada kehangatan yang dirasakan pada tanah di atasnya. Aroma darah yang mengelilinginya sekarang, menjadikannya maju ke depan. Akhirnya, perlahan-lahan dia mampu untuk menggerakkan tangannya dan memulakan proses perlahan mengali jalan keluar dari kuburnya sendiri.
Ianya adalah perkara paling menggembirakan yang pernah dihadapinya. It was the most welcome thing hed ever encountered. Aroma tersebut memenuhi segenap mindanya dan hampir membawanya ke tahap kegilaan yang lebih tinggi, mengetahui yang dia tidak mampu menggapainya. Dia tersangat lemah kerana mengahbiskan banyak masa tanpa sekali pun minum kehausan seperti nak mati tapi tak juga mati. Masa itulah dia terasa satu dari jemarinya bergerak.
Kane menumpukan sepenuh tenaganya kepada itu dan tetapkan apa yang tinggal di mindanya untuk cuba bergerak. Dia dapat merasakan hari berganti hari, berdasarkan pada kehangatan yang dirasakan pada tanah di atasnya. Aroma darah yang mengelilinginya sekarang, menjadikannya maju ke depan. Akhirnya, perlahan-lahan dia mampu untuk menggerakkan tangannya dan memulakan proses perlahan mengali jalan keluar dari kuburnya sendiri.
Banyak hari telah berlalu dan apabila tangannya akhirnya berjaya menembusi permukaan, dia dengan jelas mengalirkan airmata gembira. Menolak dirinya keluar dari tanah, Kane membuka matanya dan mendongak ke langit, ketawa hampir seperti orang gila apabila dia melihat langit hitam dan bintang-bintang di atas kepalanya. Melihat semula ke bawah, dia terlihat sekeping kain yang mempunyai tompokan darah kering padanya. Dia mengutipnya, dan mendekatkan kain itu ke hidungnya, menyedut aroma darah yang telah membebaskannya.
Menyimpan ingatan terhadap penyelamatnya di genggaman tangannya, dia mengangkat tuguhnya yang masih tenggelam keluar dari tanah. Malachi dan pengubah bentuk yang sebenarnya telah membunuh isteri jaguar itu terbaring kaku hanya beberapa kaki dari kuburnya.
Merenung ke arah hutan sekeliling, dia tahu yang gadis kecil itu telah lama pergi tetapi Kane sangat yakin yang budak itu teman sejiwanya. Siapa lagi yang boleh mematahkan jampi yang Malachi kenakan ke atasnya?
Terlalu lemah untuk pergi mencari gadis kecil itu, Kane merangkak ke arah Malachi, kelihatan menyentuh lembut pipi lelaki itu. Memalingkan wajah lelaki itu ke arahnya, nafas Kane berada dalam keliru. Malachi sedang memakai subang batu darah. Subang miliknya!
Dalam kemarahan meluap-luap dan pergerakan yang terlalu pantas untuk dikesan, Kane berdiri dengan subang tadi berada di genggamannya. Melihat ke arah Nathaniel, lelaki yang telah memfitnahnya, Kane mengumpulkan seluruh kegelapan kawasan sekitar dan menyelubunginya seperti leret kemudian hilang dalam kepekatan malam.
Kane menghembus keluar nafasnya dan melihat asap terapung di udara, berkepul di hadapannya sebelum hanyut ditiup pergi oleh angin. Dia telah menghabiskan selama sepuluh tahun mengembara dari satu negara ke satu negara, dari benua ke benua, belajar segalanya yang dia ketinggalan sewaktu berada dalam tiga puluh tahun hukuman penjara itu.
Dengan perlahan dia membina semula kekuatannya, bermula dengan anak anjing Yorkie yang dijumpainya meromok di dalam batang pokok mati di hutan itu. Anjing itu pernah menjadi haiwan peliharaan seseorang dan dia berasa sesal berbuat begitu, tapi keperluannya untuk makan lebih kuat berbanding rasa bersalahnya pada ketika itu.
Hanya selepas dia mengisi perutnya barulah dia sedar yang anjing itu kepunyaan anak kecil yang telah membebaskannya. Merasakan sedikit percikan hidup dalam haiwan itu, dia telah melakukan perkara paling terkutuk. Menggigit lengannya sendiri, Kane memaksa beberapa titisan darahnya jatuh ke atas lidah merah jambunya, kemudian membaringkan anak anjing itu di tanah, sambil memikirkan apakah yang sebenarnya sedang dia lakukan. Ia tak mungkin akan berkesan kan?
Gadis kecil itu sudah menyelematkannya dua kali dan langsung tidak tahu mengenainya. Ingatannya kepada suara ketakutan gadis kecil it masih mempunyai kuasa untuk mengejutkannya dari tidur yang lena. Dia berharap dia dapat melihat gadis kecil itu walau hanya sekilas pandang sambil mendengar suara yang menghantuinya.
Tangannya mencapai ke dalam saku, dikeluarkan satu kolar kecil dan merenung teg berbentuk tulang padanya. Dia tahu nama keluarga itu tetapi alamat yang ada padanya tidak lagi sah tidaklah bertahun-tahun. Apabila dia akhirnya belajar bagaimana menggunakan komputer, dia membuat carian tetapi kedua ibubapa gadis itu telah meninggal dunia dan rumah kediamannya telah dijual. Anak perempuan mereka, yang dia pasti telah membebaskannya, telah hilang tanpa sebarang jejak.
Kane melemparkan puntung rokok di sebelah kaki kirinya dan memijak untuk memadamkannya. Sekembalinya ke Los Angeles, dia terus menuju ke kelab di mana Malachi tinggal dan uruskan satu masa dulu, hanya untuk mengetahui yang ia telah dijual dan anak-anaknya telah berpindah ke tempat tinggal yang baru. Tempat baru itu dahulunya ialah gudang terbiar, tapi puak jaguar baru-baru ini telah mengubah suainya dan menukarkannya menjadi kelab malam agar sesuai dengan zaman. Kini anak-anak Malachi yang menguruskan tempat itu.
Dia menggeleng-geleng kepalanya berfikir bagaimana Malachi boleh berkahwin semula mengetahui betapa besar cintanya kepada isteri pertamanya dulu. Isterinya telah menjadi teman sejiwanya dan walaupun pengubah bentuk dikenali dengan selera seksualnya, sekali mereka betemu dengan teman sejiwanya, ianya hampir mustahil untuk mencintai yang lain.
Apabila Kane menyelidik tentangnya, dia mendapat tahu yang isteri baru Malachi telah melahirkan empat orang anak untuknya kemudian meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsunya Nick.
Malachi telah mati pada malam dia mendengar ngauman dari dalam tanah , tetapi keinginannya untuk membalas dendam mencengkam jiwanya. Hampir semua pontianak lahir dari kegelapan dan mungkin selama ini Syn telah tersilap tentang dirinya berbeza dengan adik-beradik jahatnya yang lain. Hanya mungkin kehilangan akalnya selepas tiga puluh tahun seksaan telah cukup merosakkan dirinya di mana kini dia tidak terkecuali. Mindanya masih berada di tempat gelap di mana Malachi mengurungnya dahulu.
Sepengetahuan Kane, jaguarlah yang mempunyai kelebihan berbanding pihak lawannya. Kini dia telah kembali untuk memberi penghormatan atas kebaikan... pada seluruh keturunan pengubah bentuk yang terkutuk itu, bermula dengan anak-anak Malachi. Oh, tapi dia tidak akan berhenti setakat itu. Seterusnya adalah anak-anak pengubah bentuk yang pernah memerangkapnya Nathaniel Wilder.
Mencipta pengikut untuk membekalkannya darah bukanlah sesuatu yang sukar. Kane masih berasa kagum pada pemandangan keseluruhan Gothic bawah tanah di dalam bandar. Kebanyakan mereka hanya bermimpi untuk menjadi seperti dirinya pontianak sebenar dan bukannya Gothic jadi-jadian.
Apa yang perlu dia lakukan hanya menukarkan satu, dan membiarkan orang bawahan tanpa jiwanya mengikut arahannya. Kane memilih kumpulan paling berbahaya kumpulan yang kelihatan seperti telah hilang jiwanya kepada kegelapan. Raven, seorang gasar, yang sudah lama menjadi psikopat pinggiran sebagai manusia seorang buangan Gothic, yang kelaparan darah jauh lebih lama sebelum dia benar-benar mempunyai keperluan untuk itu.
Raven satau-satunya orang yang Kane pernah beritahu tentang pengkhianat pengubah bentuk yang memerangkapnya dan kemudian menanamnya hidup-hidup. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia memberitahu Raven kebosanan mungkin.
Kane telah membebaskan lelaki gasar itu ke bandar. Selama ini Raven marah kepda dunia sebelum dilahirkan semula sebagai anak kegelapan dan kini Kane telah memberinya peluang untuk melepaskan kemarahannya itu. Raven dengan sendirinya telah membalas dendam atas nama Kane dan pontianak tanpa jiwa itu menggunakan kebolehan baru sepenuhnya.
Dia tidak peduli pun untuk cuba menghentikan Raven kerana ianya benar-benar sepadan dengan perancangan untuk menjatuhkan keseluruhan keluarga Malachi. Mengapa dia perlu melindungi pengubah bentuk itu daripada Raven? Paling-paling pun dia hanya perlu memberitahu budak lelaki itu yang dia tidak perlu membunuh manusia untuk mengisi perutnya, yang dia tidak perlu melakukan sebarang kerosakan, jika dia tidak mahu melakukannya. Bukan salahnya yang menyebabkan Raven memilih untuk membunuh.