Tidak begitu teruja untuk berhadapan dengan Trevor, dia meluangkan sedikit masa memejamkan mata dan hanya bergerak mengikut rentak muzik yang hanya dapat digambarkan seperti suara nafsu.
Ketika dia merasakan sentuhan halus menjadi semakin kasar dan berani, Envy membuka matanya dan mendapati wajahnya menghadap dada beberapa orang lelaki, ada yang terdedah melalui kemeja yang kancingnya dibiar terbuka dan beberapa orang pula dibaluti dengan pakaian ketat yang sama menggoda. Dia tidak berani mendongak untuk melihat wajah mereka kerana takut untuk bertentang mata.
Berasa sedikit pening, dia mulai berundur dan tidak peduli ketika mereka mengikutinya dalam tarian menggoda. Merasakan kesejukan besi sangkar tarian di belakangnya, perlahan-lahan dia mendongak ke atas melihat platform kecil itu. Matanya terkunci kepada lelaki di dalam sangkar ketika dia menarik gadis yang bersamanya melutut di bawahnya dalam postur yang patuh.
Seluruh bilik kelihatan pudar ketika pandangan mereka terkunci. Cara lelaki itu memandangnya membuatkan Envy merasa seolah-olah dia yang menjadi tunduk. Lelaki itu mempunyai mata biru ais dengan gegelang hitam yang sangat tebal di sekitar iris matanya. Dia tidak menyangka yang dia akan pernah melihat mata yang begitu tegang dan mengejutkan. Dia boleh menatap kedua mata itu selama berjam-jam dan masih menginginkan lebih lagi dan itu menakutkan Envy.
Pandangannya memberi impresi kepada Envy bahawa dia tahu bagaimana dia kelihatan ketika bertelanjang. Cara matanya berkeliaran di tubuhnya dan menatap lama di tempat-tempat tertentu ... membuatnya merasa seperti tangan lelaki itu yang menyentuh tempat-tempat yang sama dengan tatapannya. Dorongan untuk melemparkan dirinya ke palang besi sangkar dan merayunya untuk mengadakan hubungan dengan pantas dan keras hampir tidak dapat ditahan.
Menyentak pandangannya daripada penglihatan posesif, Envy berusaha mengingatkan dirinya bahawa dia boleh meninggalkan lantai tarian pada bila-bila masa mengikut pilihannya.
Trevor langsung tidak berasa seronok walaupun dia berusaha mengikuti aliran tarian dan bergaul dengan orang sekeliling sebanyak yang mungkin. Tetapi gadis-gadis menggiurkan dan tari-menari bukanlah alasan sebenar dia berada di sini. Dia terus memerhatikan lelaki yang berada di dalam sangkar besi kerana itu adalah sasaran sebenarnya.
Nama lelaki itu ialah Devon Santos dan dia adalah orang terakhir yang dilihat bersama Kelly Foster; gadis berusia 20 tahun yang ditemui di lorong berhampiran sini minggu lalu. Dia berada di kandang yang sama dengan Devon pada malam terakhir dia masih hidup.
Setakat ini, dia mengetahui bahawa mangsa pembunuhan itu baru saja berhenti bekerja di sebuah kelab yang dipanggil Cahaya Malam. Dia baru sahaja bekerja di kelab Tarian Bulan selama satu malam... pada malam dia meninggal dunia. Kematian wanita itu bukan satu-satunya kematian yang dia ikuti perkembangannya tetapi ia adalah petunjuk. Walau siapa pun yang mencampakkan tubuhnya di situ telah memastikan untuk meninggalkannya dekat dengan puak kugar dan jaguar seolah-olah seperti satu hadiah.
Devon adalah sebahagian pemilik kelab ini, bersama dua saudaranya, Nick dan Warren, dan satu-satunya adik perempuan mereka, Kat. Khabar angin mengatakan bahawa kedua-dua kelab itu berseteru secara daim-diam dan kedua keluarga itu sebenarnya merupakan pesaing sejak kedua-dua ayah mereka hilang lebih sepuluh tahun yang lalu.
Mata Trevor mengecil, mengetahui sebab sebenar mengapa terdapat permusuhan antara kedua-dua kelab. Ini bukan kelab yang biasa; keduanya dimiliki dan dikendalikan oleh pengubah bentuk. Kelab tempat Kelly pernah bekerja diuruskan oleh kugar jadian. Dia berhenti bekerja di sana dan datang pula bekerja untuk jaguar jadian, hanya untuk ditemui mati pada keesokan harinya. Perkaitan itu terlalu besar untuk diabaikan.
Sekiranya manusia tahu terdapat pengubah bentuk tinggal di kalangan mereka, manusia pasti akan panik... tetapi mereka telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat tanpa rahsia mereka bocor. Selagi mereka mematuhi undang-undang bangsa manusia, tidak perlu untuk menimbulkan kekacauan besar-besaran dengan mendedahkan identiti mereka. Mentaliti manusia akan kembali ke zaman kegelapan sekiranya perkara itu berlaku.
Teori dalam arahan ops hitam paranormal CIA adalah menghadapinya dengan cara yang sama seperti mereka menghadapi penemuan UFO dan makluk asing; tipu, sembunyi, dan menutupinya. Terdapat banyak perkara yang lebih buruk selain pengubah bentuk yang dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama bangsa manusia... makhluk lain yang lebih berbahaya yang hanya dibuat menjadi filem seram yang teruk dan beberapa lagi yang masih belum diketahui oleh manusia.
Tetapi apabila ada orang mulai hilang atau mati, pasukannya akan bertebaran untuk mencari tahu apa yang sedang berlaku.
Melihat Devon meninggalkan gadis itu di dalam sangkarnya dan bergerak lebih dekat ke palang besi untuk menatap seseorang, Trevor mengalihkan pandangannya. Dengan serta-merta dia merasakan tekanan darahnya meningkat beberapa darjah ketika dia melihat Envy bersandar pada kandang yang sama yang dikelilingi oleh sekumpulan lelaki yang dalam kehangatan.
Apa yang dia buat di sini? Trevor meninggalkan teman tariannya tanpa berfikir panjang dan mendorong dirinya merentas orang ramai yang berada di situ ke arah Envy.
Devon menderum rendah di kerongkongnya ketika gadis yang menarik perhatiannya mengangkat tangan untuk mencengkam jeriji besi di belakangnya. Dia dapat menghidu kehangatan Envy melebihi semua orang di seluruh kelab dan itulah yang memanggilnya. Dengan membalut tangannya ke atas tangan Envy, dia membiarkan jari-jemarinya melurut lengannya ke bawah melalui palang besi sangkarnya.
Baru sahaja Envy hendak menoleh ke belakang ke arah penari erotik itu, seseorang menarik salah satu tangannya dan menyentaknya dari kandang itu. Bibirnya sedikit ternganga apabila melihat siapakah gerangan lelaki itu. Dia benar-benar terlupa tentang Trevor! Suasana menggoda tadi berkecai dan dia marah semula bila dia teringat niat asal mengapa dia datang ke Tarian Bulan pada awalnya balas dendam.
Apa yang awak buat di sini? Trevor membentak sedikit keras, berusaha untuk menarik Envy menjauh dari kandang dan daripada jangkauan berbahaya Devon. Sekiranya jaguar itu adalah pembunuhnya, maka cara dia melihat Envy seolah-olah ia menandanya sebagai sasarannya yang seterusnya.
Envy membiarkan tangannya yang lain menggenggam erat di palang besi hanya kerana dia tidak menyukai cara Trevor memutuskan untuk menyibuk halnya. Dia bertindak seolah-olah Envy melakukan sesuatu yang salah dan bukannya dia. Sambil tersenyum paling manis, Envy memberitahunya, Saya datang untuk menari ... seperti yang awak lakukan.
Bibir Trevor menipis mengetahui yang Envy melihatnya menari dengan gadis-gadis lain, tetapi yang gadis itu tidak faham ialah dia hanya menggunakannya sebagai tabir. Dia tidak cukup peduli pun untuk bertanyakan nama mereka. Dia dan Envy merenung tajam ke dalam mata satu sama lain untuk beberapa degupan jantung sebelum Trevor menghela nafas.
Membongkok hampir ke telinganya, dia berbisik, Saya boleh jelaskan. Dia tidak mahu pun memberitahu Envy siapa dirinya yang sebenarnya, sama seperti abang tololnya si Chad, dia takut Envy hanya menganggap yang dia mempergunakannya untuk mendapatkan akses yang lebih baik ke bar tempat dia bekerja.
Marilah, dia berusaha lagi untuk menarik Envy dari pandangan membara Devon itu. Dia mengambil masa seketika untuk melirik ke arah Devon dan jika pandangan mata dapat membunuh, pasti tompokan darah menitik ke lantai sekarang. Dia memberikan pandangan itu kembali dan kemudian mengalihkan perhatiannya kepada teman wanitanya.
Envy menggelengkan kepalanya kepada Trevor. Dia yakin lelaki itu akan menjelaskan. Saya datang untuk menari. Saya boleh menari dengan orang-orang baik ini, atau awak boleh mula gerakkan badan dan sertai kami. Dia mengangkat kening yang halus, seolah-olah tidak penting langsung baginya.
Envy menggelengkan kepalanya kepada Trevor. Dia yakin lelaki itu akan menjelaskan. Saya datang untuk menari. Saya boleh menari dengan orang-orang baik ini, atau awak boleh mula gerakkan badan dan sertai kami. Dia mengangkat kening yang halus, seolah-olah tidak penting langsung baginya.
Trevor perlahan-lahan memusingkan kepalanya dan merenung tajam dari atas bahunya kepada lelaki-lelaki yang bernafsu yang masih berkeliaran menunggu disitu berfikir kalau-kalau mereka ada peluang. Blah!, katanya kepada mereka, dengan nada yang mematikan, sambil dia semakin mendekat diri dengan Envy. Sekiranya gadis itu mahu menari, demi tuhan, dia menari dengannya.
Envy cemberut padanya tetapi dalam diam-diam dia tertanya-tanya mengapa lelaki itu kelihatan sangat cemburu sedangkan dia baru saja menari penuh provokasi dengan dua gadis lain tadi. Awak ni tidak menyeronokkan. Dia akhirnya melepaskan tangannya dari palang besi kemudian mengalihkan tangannya pada tubuhnya sendiri, dengan sengaja mengeluarkan perenjat kecil dari poketnya, dan kemudian menggerakkan tangannya ke tulang rusuk Trevor.
Devon menegakkan badannya, berdiri tegap menatap si kecil berambut merah yang berjaya menangkap lebih dari sekadar perhatiannya. Dia tidak menyukai bau lelaki yang cuba untuk mendapatkan gadis. Dia berbau seperti serbuk belerang lama dan itu bermakna dia mempunyai senjata yang tersembunyi pada badannya. Dia menggapai tangan dan membuka kunci sangkar, menyuruh penari wanita itu pergi berehat sebentar.
Menyentuhkan jarinya ke telinganya, Devon mendengarkan suara abangnya memberitahu dia melalui pautan komunikasi yang hampir halimunan bahawa gadis di luar kandangnya itu mempunyai perenjat elektrik dan mempunyai rancangan untuk menggunakannya pada seorang lelaki. Dia melihat merentasi lantai tarian menuju ke arah cahaya hitam yang menyinari setiap anak tangga dan melihat Nick berdiri di sana bersedia untuk campur tangan, jika perlu.
Itu adalah suara Warren di pautan tadi, jadi Devon menyangka abang sulungnya sedang menonton dari salah satu kamera penglihatan malam yang tergantung di bawah pentas catwalk di atasnya.
Melihat kembali tangan kecil gadis itu yang kini berkeliaran di badan lelaki itu, Devon terasa seperti ingin memenggal kepala lelaki itu hinggalah dia melihat kilauan perak ketika tangan gadis itu bergerak ke arah pinggul lelaki dihadapannya. Bibirnya sekilas mengisyaratkan senyuman dan memutuskan untuk tidak masuk campur buat masa sekarang.
Biarkan aku uruskan, bisik Devon melalui pautan komunikasinya.
Chad dan Jason saling tersenyum mengetahui bahawa ia sudah bersedia untuk dijatuhkan, dan kemudian berangkat menuruni anak tangga menuju ke lantai tarian.
Trevor tiba-tiba menyedari Envy tidak memberitahunya langsung tentang kedatangannya ke sini, jadi mengapa dia perlu rasa begitu bersalah? Saya tanya apa yang awak buat di sini? dia mengulangi soalannya, dan kali ini suaranya stabil sambil dia bergerak bertentangan dengannya. Memang silap langkahnya, dia hampir hilang akal, kerana sebahagian besar darahnya mengalir ke pangkal pehanya, menjadikan kemaluannya tegang buat pertama kalinya sejak dia melangkah masuk ke dalam kelab.
Envy mendorong tubuhnya ke arah lelaki itu dengan cara yang menggoda supaya dia berpeluang mundur dengan sangat pantas. Saya datang untuk berikan sesuatu kepada awak, jawabnya dan memasukkan semua keinginan yang dia rasakan dari lantai tarian ke dalam matanya untuk mengalihkan perhatian Trevor.
Saya harap itu ialah hal yang sama dengan apa yang saya ada untuk awak, Trevor mengerang, sambil merasakan tangan kecil Envy memekup pangkal pahanya.
Jom kita cuba, desis Envy, ketika dia menekan perenjat elektrik ke arah bonjolan tegangnya yang sedang mengamuk dan tersentak ke belakang dalam keadaan kejang dan berlutut tanpa suara. Oops! Envy berpura-pura cemberut dan cepat-cepat menyimpan semula perenjat kecil itu ke dalam sakunya sebelum berpusing untuk melarikan diri ke arah lain. Perkara terakhir yang dia mahu lakukan adalah masih berdiri di situ ketika Trevor mendapat kekuatan nya semula untuk berdiri.
Ketika Envy berjalan merentas lantai tarian yang gelap, seseorang menarik lengannya dengan erat. Menyangka yang itu adalah abangnya; dia langsung tidak mendongak tetapi mengikut saja dengan penuh rasa percaya. Apabila dia mula mendongak ke atas, sebuah pintu kecil dibuka dan dia didorong melaluinya.
Envy tidak sempat berpusing sebelum pintu itu ditutup dan dikunci di belakangnya. Lampu overhead yang malap menyala menampakkan monitor TV bersama-sama lelaki yang berada di kandang tadi. Dia membuka mulutnya untuk bercakap, tetapi lelaki itu memotongnya.
Saya fikir mungkin lebih baik jika awak lihat hasil kerja awak dari tempat selamat di pejabat ini, Devon menyeringai, sambil menunjuk ke salah satu layar.
Envy melirik ke arah skrin membayangkan dia akan melihat Trevor yang memegang kangkangnya akan membuatnya tertawa ... tetapi sebaliknya, dia merasa bersalah padanya. Itu membuatkan hatinya terasa seperti jatuh beberapa inci. Melihatnya dalam kesakitan, dia tiba-tiba gembira yang skrin monitor itu tiada bunyi kerana dia yakin dia tidak mahu tahu apa yang Trevor katakan.
Dia memerhatikan dalam diam ketika Chad dan Jason muncul dalam kumpulan orang ramai itu dan membantu Trevor bangun dari lantai. Dia tidak dapat mengetahui apa yang dikatakan, tetapi ketika Trevor menolak tubuh Chad menjauh darinya, terlihat masih ada lebih banyak kekuatan daripada yang dijangka selepas beberapa saat direnjat. Mata Envy kemudian beralih ke arah pintu dan bersiap sedia untuk berlari kepada mereka sebelum salah satu dari mereka cedera.
Melihat penari itu menggelengkan kepalanya memberi amaran dan berdiri di antara dirinya dan pintu, Envy kembali memandang monitor yang terkejut melihat sebenarnya Jason yang mengunci tangan Trevor sementara Chad menggarinya.
Merasa lebih daripada marah pada dirinya sendiri kerana berperangai kebudak-budakan, dia mula menghampiri pintu untuk memberitahu Chad supaya membiarkan Trevor pergi. Sekali lagi, tangan lelaki itu mencengkam lengannya. Dia memangdang ke arah tangan itu tetapi menolak untuk menatap matanya, bila ia memang jelas adalah kesalahannya yang memulakan masalah itu. Rasa bersalah itu hanya menambah kemarahannya dan memperbaharui keberaniannya.
Setelah melihat saya merenjat seorang lelaki, adakah awak fikir itu idea yang baik? Dia menjegilkan matanya ke arah lelaki itu dan berusaha untuk tidak berhenti bernafas kasan dari renungannya. Kini setelah dia melihat dengan lebih dekat, mata lelaki itu lebih menakjubkan daripada yang dilihat disebalik jeriji sangkar tadi.
Siapa pun lelaki itu, awak mungkin mahu biarkan mereka membawanya keluar dari kelab ini sebelum awak kembali menari. Devon memberi amaran lagi, melihat api yang menyala ke dalam matanya. Dia hampir dapat melihat keinginannya yang kuat untuk menyelamatkan lelaki yang baru saja dia cederakan... tapi bukannya dia ada niat untuk benarkan gadis itu pergi pun. Siapa nama awak?
Kenapa? Envy merentap lengannya dari genggaman penari lelaki itu. Supaya awak boleh minta pemilik kelab ni ban saya dari datang ke kelab ni?
Bukan macam tu, Devon menderum pada tanggapan gadis itu. Tapi awak mungkin perlu menyimpan perenjat itu dalam poket awak sepanjang malam ini. Dia melihat gadis itu mengalih pandangannya kembali ke skrin monitor untuk melihat bahawa mangsanya sudah tiada.
Tak guna, Envy menyumpah dalam mindanya sambil bersandar pada pintu merasakan getaran muzik melalui kayu pintu itu. Dia menggigit bibir bawahnya mengetahui bahawa dia sudah melampau. Dia teringat akan sebab lain dia datang ke Kelab Tarian Bulan malam ini dan tertanya-tanya jika itu adalah masa yang baik untuk meminta pekerjaan. Mengapa tidak terus bertanya, dah alang-alang dia tiba sejauh ini? Dia membayangkan mengangkat bahu dalam mindanya. Adakah awak tahu kalau-kalau mereka mahu ambil pekerja di sini?