Tarian Bulan - Amy Blankenship 7 стр.


Pengetahuan itu banyak menenangkannya, cukup lama untuk mengendalikan naluri binatangnya tetapi dia tidak dapat menahan rasa geram. Dia merenjat aku!

Kau memang layak sebab engkau adalah teman lelaki yang curang dan tak guna. Hei, ini yang kau dapat sebab tak beritahu dia perkara yang sebenar. Urusan kau dah tamat malam ni kecuali kalau kau nak pergi ke bar lain. Lagipun, Envy masih ada perenjat elektrik itu dengannya, Chad menyeringai. Aku nasihatkan kau biarkan Envy sendirian sepanjang malam in... atau lebih baik lagi, sepanjang hidupnya kalau kau tak dapat berterus terang kepadanya.

Trevor mengetap giginya tetapi tidak berkata apa-apa lagi. Chad tidak dapat memberitahunya untuk menjauhkan diri dari Envy, tetapi membiarkan adiknya itu tenang mungkin merupakan nasihat yang bijak.

Baiklah, tapi itu, katanya sambil menuding jari telunjuknya ke arah kelab, bukan tempat yang selamat untuk adik perempuan kau melepak dan kau tahu tentang tu! Dia menyentak pintu keretanya terbuka, memaksa Chad untuk melangkah ke belakang untuk mengelak dari terkena. Membanting pintu di belakangnya, ia hanya mengambil masa beberapa saat sebelum dia menggeserkan tayar getah keretanya keluar dari tempat letak kereta.

Apabila Trevor sudah cukup jauh di jalan sehingga dirasakan yang Chad tidak lagi dapat melihat lampu keretanya, dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang yang berhutang budi kepadanya. Dia berhenti di kedai terdekat dan meletakkan keretanya di belakang trak pemindahan supaya tiada sesiapa nampak akan dirinya.

Trevor berasa hampa dan risau untuk meninggalkan Envy di sana setelah melihat cara Devon memandangnya. Walaupun Devon bukan seorang pembunuh, renungan itu bukanlah sesuatu perkara yang baik. Chad fikir dia dapat melawannya dengan kekuatan bila ianya disebabkan Envy, bukan? Mari lihat bagaimana reaksinya apabila dia mengetahui bahawa dialah yang lebih lemah. Dia akan merawat Jason juga sementara dia melakukannya.

Kat beralih jauh ke dalam bayang-bayang gelap apabila Chad menoleh dan melihat ke arahnya. Dia mengerutkan kening, mengetahui bahawa mustahil bagi lelaki itu untuk melihatnya... dia tidak mempunyai penglihatan malam sepertimana pengubah bentuk ada. Dia meniup rambutnya menjauhi matanya dan menunggu sementara dia hanya menatap ke arahnya, kemudian menghela nafas bila akhirnya lelaki itu berpaling dan kembali ke kelab.

Jadi, Trevor adalah polis yang menyamar dan adik perempuan Chad tidak mengetahuinya... jelas Jason juga tidak tahu. Perkara yang benar-benar penting ialah Trevor mengatakan bahawa dia berada di sini untuk menyiasat tentang satu kes. Kat mengetap giginya kerana tahu itu mesti ada kaitan dengan kes pembunuhan. Dia perlu memberitahu Warren dengan segera dan mencari tahu siapa yang meninggalkan jejak darah sebelum mereka dipersalahkan.

*****

Envy perlahan-lahan berdiri sambil tertanya-tanya mengapa Devon tidak terus mengakui yang dia adalah pemilik kelab ini dan dia sendiri boleh mengambilnya bekerja. Dia benci apabila orang berbohong kepadanya, tetapi dia tidak mengenal Devon dan lelaki itu tidak berhutang apa-apa dengannya, jadi dia menelan saja apa yang dia mahu katakan. Sayang sekali ia tak dapat didiamkan.

Wah cepatnya, dia memandang lelaki itu dengan penuh harapan, sambil menyilangkan tangan ke dadanya.

Saya mengatakan yang baik-baik saja bagi pihak awak. Kadang kala mereka mendengar cakap saya. Devon memerhatikannya dengan penuh tanda tanya, menghidu perubahan aromanya. Gadis itu marah kepadanya. Baunya sedap.

Mungkin sebab awak adalah pemiliknya, senyuman kecil Envy lenyap.

Jadi itulah sebabnya dia marah. Gadis itu tidak menyukainya ketika dia merasa seperti seseorang menyembunyikan sesuatu darinya. Devon akan mengingat hal ini. Devon perlahan-lahan merendahkan kepalanya dalam tundukan kecil, Saya hanya salah seorang pemiliknya. Saya, dua adik lelaki saya, dan adik perempuan saya semua memiliki kelab ini. Kami berusaha untuk menguruskan semua hal dengan satu sama lain ketika kami mengupah orang baru.

Envy mengangkat pandangan matanya tiba-tiba bersalah. Maafkan saya, saya tidak bermaksud... dia menyerah kalah sambil menghembus nafas keluhan.

Sekurang-kurangnya perenjat awak itu biar terus dalam dalam poket awak, Devon tersenyum, berharap dapat mengendurkan suasana tegang tadi.

Envy tersipu malu dan merasa perlu keluar dari pandangan mata Devon sebelum dia memperbodohkan dirinya sendiri lagi. Waktu saya bekerja sebelum ini kebanyakannya pada waktu petang dan jadual saya kosong esok, jadi jika... dia dengan gugup memaklumkan bos barunya itu, sambil matanya asyik mengerling ke arah pintu keluar dan mula bergerak ke arahnya sebelum ini menjadi pekerjaan terpendek dalam sejarah.

Malam esok kalau begitu, Devon membuka pintu untuknya, saat dia melangkah ke arahnya. Pukul tujuh.

Devon memerhatikannya berlari dan membiarkan saja Envy begitu kerana dia tahu dia dapat menangkap gadis itu jika dia berlari terlalu jauh. Dia menutup pintu pejabat dan menoleh ke skrin monitor untuk memerhatikannya berjalan di pinggir luar lantai tarian menuju tangga. Matanya mengecil ketika salah seorang lelaki dari peristiwa sebelumnya tadi menarik lengan Envy untuk menarik perhatiannya. Devon mula menuju ke pintu tetapi Kat masuk ke dalam pejabatnya sebelum dia dapat mengejar Envy.

Gadis itu dengan perenjat itu... Kat bermula bersuara tetapi dipotong oleh pandangan keras dari abangnya.

Nama dia Envy dan kamu akan menunjukkan kepadanya sekitar kelab malam esok. Saya baru saja ambil dia bekerja sebagai pelayan bar. Devon menyilangkan tangan di dadanya, sambil bersandar di tepi meja.

Simpanlah cakar tajam abang tu, Kat memiringkan kepalanya ketika Devon menoleh kembali ke arah monitor dan berasa sedikit tertekan. Mengikuti pandangan abangnya, Kat tersenyum melihat Jason dan Envy di tengah skrin. Wah wah, nampaknya dia ada ramai peminat malam ini. Dia tahu itu tidaklah benar sepenuhnya tetapi dia hanya ingin melihat reaksi Devon. Dia mendapat jawapannya ketika plastik nipis di bahagian belakang kerusi komputer retak disebabakan dia mencengkamnya terlalu kuat.

Devon mengalihkan pandangan ke arah Kat, Kenapa kamu datang ke pejabat abang ni?

Kat hanya tersenyum kepadanya. Ini akan menjadi sangat menyeronokkan. Dia berjalan dan menunjuk ke arah skrin. Lelaki ini, namanya Jason Fox dan saya menghabiskan sedikit masa untuk berbual dengannya di bar sebelum dua rakannya muncul.

Devon mengerutkan kening pada adiknya, menunggunya untuk sampai ke poin penting.

Jason adalah orang yang memanggilnya supaya datang ke kelab. Dia sebenarnya mengajaknya keluar. Dia menyeringai ketika retak di kerusi tadi pecah di tangan Devon. Saya tidak tahu apa yang Envy beritahu kepada Jason tetapi Jason berkata, 'Jadi mengapa Trevor bersantai di lantai tarian dengan orang lain?'

Jadi, lelaki inilah alasan Envy muncul, Devon tergamam, menjatuhkan sekeping plastik di atas meja. Saya pasti kamu ada poin di sini.

Ya, memang ada tapi ianya sangat menyeronokkan melihat abang gelisah, Kat memutuskan untuk meneruskan ceritanya, bila abangnya menunjukkan wajah apa aku peduli yang dipatenkan kepada Kat. Dia pasti akan membeli hakcipta paten itu suatu hari nanti. Bagaimanapun, itu semua cuma perangkap dari apa yang saya dengar. Abangnya memberikan kepadanya perenjat kerana tahu dia cukup marah untuk menggunakannya pada teman lelakinya yang curang, tetapi yang sebenarnya, Trevor bukan betul-betul curang kepada Envy.

Apa? Devon mula menderum, tidak menyukai arah tuju cerita ini.

Kat menghabiskan sepuluh minit yang seterusnya untuk menerangkan kepada abangnya tentang rahsia kotor semua orang yang terlibat. Hanya untuk pengetahuan, dia tidak lupa untuk memberitahu satu fakta yang Jason telah lama ada hati pada Envy.

Apa? Devon mula menderum, tidak menyukai arah tuju cerita ini.

Kat menghabiskan sepuluh minit yang seterusnya untuk menerangkan kepada abangnya tentang rahsia kotor semua orang yang terlibat. Hanya untuk pengetahuan, dia tidak lupa untuk memberitahu satu fakta yang Jason telah lama ada hati pada Envy.

Назад