Anya mengangguk dan menoleh untuk keluar bilik bukanlah macam Edward Wegner perasan. Lagipun, dia tiada apa-apa lagi untuk bercakap dengannya, dan dia perlu pastikan rancangannya berjaya tanpa sebarang gangguan. Ia memudahkan Anya yang tunangnya tiada... walaupun dia jijik dengan apa yang menyibukkan Dierk Eyrich. Dia akan memanfaatkannya sebaik mungkin, juga dengan pengetahuannya tentang kem itu jika boleh. Dia boleh berlakon menjadi baik dan tidak bersalah untuk membuatnya beritahu tentang perkara yang tidak patut. Anya bukan lah seorang pelakon, tetapi pastinya tidak susah kan?
Dia menyusuri turun lorong dan kembali ke biliknya. Memandangkan dia sudah ada kebenaran, dia patut bersiap sedia untuk petang itu. Bermula dengan gaunnya. Selepas dia tahu apa untuk dipakai, dia akan sediakan mandian dan pergi berendam. Ia bukanlah petang yang seronok, tetapi tidak bermaksud dia tidak perlu berhias diri.