Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah) - Amy Blankenship 2 стр.


Envy membulatkan matanya dan merenung mata Trevor yang biru-perak itu. Dia boleh nampak kemarahan di dalamnya dan ia membuatkan hatinya tercengkam tidak selesa. Dia bukan membencinya. Yang sebenarnya, dia masih sayangkan Trevor... cuma bukan macam dia sayangkan Devon. Bibirnya terbuka untuk menerangkan, tapi Devon lantas memintasnya.

"Kenapa kamu ke sini? Kamu mengikuti kami?" tanya Devon, tidak suka bahawa Trevor sentiasa menyusahkan Envy. Envy sudah membuat pilihan dan Trevor patut menerima hakikat kecil itu sebelum ia menyakitinya.

"Sebenarnya, dia ke sini berjumpaku", kata Chad setenang yang boleh. Memandang ke arah adiknya, dia memegang tangannya dan menarik perlahan sementara memandang merentas bahu adiknya ke Devon. "Jika kamu tidak keberatan, saya mahu seminit dengannya secara peribadi".

Pada saat Devon melepaskannya, Chad menariknya ke dalam dan menutup pintu. Dia terpaksa menghentikan dirinya dari mengunci pintu itu. Lagipun, selepas apa yang disaksikan di laman, kunci bukanlah boleh menghindar apa-apa.

"Kamu pasti kamu tidak mahu tinggal di sini satu malam lagi? Untuk kewarasan saya?" rayunya, walaupun dia tahu dia kehilangan kawalannya beberapa masa yang lalu.

Envy meletakkan tangannya mengelilingi abangnya dan memberinya pelukan yang dia perlukan, kemudian melangkah ke belakang dan memandangnya, "Saya tidak boleh. Kamu nampak apa yang berlaku di gereja malam ini. Semua orang lari, jadi Warren sedang cuba menganjurkan satu pertemuan seawal pagi nanti".

Dia memandang ke pintu sambil satu lagi fikiran muncul. "Lagipun, tinggal bersama mereka mungkin lebih selamat sekarang. Yang sebenarnya, saya akan telefon dan beritahumu bila boleh datang ke pertemuan itu dan jika ia di Dansa Bulan atau Cahaya Malam. Saya mahu kamu buat suatu untukku. Bawa Trevor dan budak api ke pertemuan itu, sebab jika apa yang saya dengar itu betul... kami perlukan semua pertolongan yang ada".

"Langsuir?" tanya Chad seperti seorang polis semula sementara menggosok belakang lehernya di mana bulunya sedang naik tegak.

Envy mengangguk, kelihatan sedih, kemudian menggeleng kepalanya, "Langsuir ya, tapi ada juga jembalang yang terlepas dan...".

Chad mencapai dan memegang tangan Envy, "Jembalang? Tiada sesiapa kata apapun berkenaan jembalang!".

Envy menarik nafas dan mengangguk, berharap yang apa yang akan dikatanya akan menenangkan abangnya, "Ya, jembalang. Berita baik adalah kita ada dua maklaikat bersama kita". Dia memberinya senyuman tawar dan harap dia tidak pengsan.

"Maklaikat?" Chad melepaskannya dan bersandar pada dinding, "Ya Tuhan".

"Tepat sekali", Envy mengangguk melihat abangnya mmengurut rambutnya seakan ingin menariknya keluar. "Sekarang kamu berbincang dengan Trevor. Boleh kamu buat itu untukku? Bawa dia dan Zachary ke pertemuan itu esok". Dia menggigit bibir bawahnya tidak mahu membuat heboh. "Dan sebagai balasan, saya tidak akan ambil barang-barang saya malam ini... jika itu membuatmu berasa lebih tenang".

Chad mengangguk dan memberinya senyuman, "Setuju".

Dia buka pintu untuk kedua mereka keluar tapi terkaku melihat Zachary berdiri antara kedua-dua lelaki itu dengan tapak tangan berapi mensasarkan mereka.

Oh sayang, kita perlu pergi", kata Envy dan meluru keluar pintu mencapai tangan Devon sambil bergegas ke arah kereta Devon.

Trevor mula mengikut tapi Zachary memintasnya, "jangan bergerak, budak penyayang. Kita perlu berbincang dengan abangnya dahulu".

"Mari masuk dan saya akan buat kopi", Chad pelawa, diikuti dengan keluhan terimakasih bila Trevor berpusing dengan marah dan berkawat masuk rumahnya seperti seseorang yang ada tugas penting. Dia mengangguk bila Zachary mengikut Trevor masuk, kemudian tutup pintu mengingatkan dirinya apa yang telah dia lakukan.

Sebaik sahaja mesin membuat kopi dipasangkan, Chad bersemuka dengan kedua-dua pelawatnya. Pada masa ini, dia ada lebih soalan dari jawapan dan itu pun tidak banyak membantu. "Sekarang kenapa Envy mengatakan ada jembalang berkeliaran? Dia juga beritahu bahawa Warren memanggil semua ke satu pertemuan esok berkenaan apa yang berlaku malam ini dan dia mahu ketiga-tiga kita masuk ke situ".

Trevor tidak boleh mengelakkan senyuman kecil di bibirnya. Jadi Envy mahu dia membantu... mahu dekat dengannya. Dia tidak menyalahkannya. Sedaya upaya Devon melindunginya, dia sesungguhnya merasa tidak selamat. Mengetahui Envy memerlukannya membuatkan saki-baki kemarahannya hilang.

"Kita perlu masuk pertemuan itu macam mana pun". Dia memandang Zachary yang mengiakannya. Dia tersenyum lagi bila teringat akan berjumpa Envy lagi dalam beberapa jam. "Saya rasa ini masanya beritahu kamu apa yang berlaku".

Dia secara peribadi tidak selesa menggunakan posisinya untuk mendekati Envy lagi. Dia pun sedar bagaimana ianya dilihat oleh orang lain. Devon cuma fikir dia perolehi Envy tapi itu jauh dari kebenaran. Lagipun, dia selalu gunakan abangnya untuk dekat dengan Envy dan membuat kerja pada masa sama. Devon akan belajar beralah dalam percintaan dan peperangan... dan semoga penjelma-bentuk terbaik menang.

"Saya sedia mendengar", Chad merungut dan memeluk tubuhnya untuk mendapatkan perhatian Trevor dari lamunannya. Dia tidak fikir dia psikik tapi dia seakan boleh membaca Trevor sekarang.

"Kita tiada maklumat lengkap berkenaan jembalang itu, cuma dia terperangkap di sini beberapa dekad. Kewujudannya melangkau semua yang kita ada dalam rekod di P.I.T. tapi kita masih mencari bukti", Zackary memulakan dan berharap Trevor menyokongnya.

"Jadi kamu tahu satu jembalang dipenjarakan di bawah tapak kubur under entah berapa lama dan kamu tidak buat apa-apa mengenainya?" bentak Chad.

Trevor membeliakkan mata padanya, "Apa yang kamu mahu kami buat mengenainya? Bantu ia bebas? Ia terperangkap di situ dan kita tidak tahu pun bagaimana satu maklaikat yang jatuh dan satu langsuir boleh memecahkan mantera yang menguncinya".

"Jatuh?" tanya Chad. "Maksudmu salah satu dari maklaikat Envy beritahuku?".

Zachary mengganguk, "Ya, kita kenal mereka dalam masa yang lama. Kami juga tahu ada yang lain, tapi belum jumpa mereka lagi, dan yang jelas ada dua maklaikat yang jatuh tinggal di dalam bandar ini tidak pun kenal sesama mereka yang terperangkap di dalam gua itu sehingga satu darinya turun ke dalamnya".

"Kita juga ada seseorang yang tahu bagaimana berurusan dengan jembalang", tawar Trevor. Dengan nasib baik, dia boleh mencari jalan jika kita panggil dia".

"Ianya belum terlambat untuk berhenti", Zachary berkata pada Chad. "Cuma beri keputusan dan kita boleh menghilangkan memori kamu tentang kejadian ini".

Chad membisu dan menuangkan kopi untuk ketiga-tiga mereka. Dia seorang polis sepanjang hayatnya sebab dia mahu berbuat baik. Lebih dari sekali, dia rasakan dia tidak berbuat yang cukup. Sentiasa terdapat satu lagi pengedar dadah, satu lagi pembunuh, satu lagi pesalah trafik... Ianya tidak akan berakhir. Tapi apa yang Trevor dan Zachary lakukan adalah suatu yang baik... kebaikan yang Chad mahukan.

Mengambil masa lama untuk minum kopinya, dia letakkan cawannya dan menggangguk sekali. "Saya ikut".

*****

Angelica rasakan telefon adalah lebih jahat dari jembalang bila telefonnya berdering pukul tiga pagi. Melihat pada ID pemanggil, dia mengecam matanya dan mengangkat telefon. Sambil memasangnya, dia menguak rambut hitamnya ke tepi dan letakkan telefon itu ke telinga.

"Melainkan dunia sedang hancur, lautan bertukar merah, tujuh wabak Mesir kembali, atau kamu sudah hampir mati, semestinya ada sebab untukmu membangunkanku", katanya menyingai.

"Aw, bertenang Boo... adakah itu cara bercakap dengan beruang-Zacky kamu?".

Angelica letak telefon dan berbaring semula atas bantal. Dia baru sahaja tertidur bila telefonnya berdering lagi. Tanpa melihat telefonnya, dia pasangnya dan bercakap semula.

"Saya akan tangkap kamu, Zachary", dia menggumam. "Kamu dan anjing kecilmu juga".

"Oh ya, siaran ulangan Ahli Sihir Oz", Zachary tercungap dan Angelica tersenyum rahsia dengan telatahnya, gembira Zachary tidak boleh melihatnya.

"Apa kamu mahu?" dia duduk, tolak rambutnya ke tepi muka.

"Kami ada suatu yang jahat bernama Misery", Zachary beritahu.

Angelica lantas bangun dari katil dan pasang lampu. "Berapa besar?".

"Tidak pasti, tapi saya jangka ianya tahap tujuh". Dia tersenyum pada telefon kerana tahu itu akan mendapatkan perhatiannya... dan dia memang sukakan perhatian Boo.

Angelica berjalan keluar ke ruang tamu dan pasangkan komputer bimbitnya. Dia menaip beberapa perkara dan berkerut.

"Tahap tujuh? Kamu pasti?" tanyanya. Apa-apa di atas tahap lima adalah sangat merbahaya dan amat janggal.

"Ianya cuma jangkaan", jawab Zachary. "Ia boleh memerangkap satu dari dua maklaikat yang jatuh yang kami sedang awasi dan jelas ada satu lagi maklaikat yang jatuh ada di dalam gua itu untuk masa yang lama. Di sebabkan mereka itu tahap tujuh kerana itu saya jangka apa-apa cukup berkuasa untuk memerangkapnya adalah sama tahap".

Angelica mencari dalam pengkalan datanya. Lebih dari tiga suku darinya didapati tanpa izin dari kubu Vatikan, tapi tiada siapa yang boleh menidakkan keputusannya. Yang penting ialah satu jembalang tahap tujuh dipercayai wujud di Los Angeles adalah sebab munasabah membangunkannya dan semua krew P.I.T. juga.

Setiap jembalang diletakkan dalam kelas satu hingga sepuluh, di mana tahap sepuluh bersamaan dengan Setan sendiri. Dia tidak suka bertembung dengan sesiapa yang cukup berkuasa untuk memenjara jembalang tahap tujuh... kamu perlu kekuatan seakan Tuhan untuk melakukannya.

"Saya belum jumpa apa-apa jembalang bernama Misery dalam kawasan Los Angeles", katanya selepas beberapa minit. "Biar saya sambungkan cakera keras luaran dan memeriksa fail-fail itu".

Dia terdengar Zachary bercakap dengan seseorang di belakangnya dan menjangka ianya Trevor sehingga dia terdengar suara orang lain dalam perbualan itu.

"Dengan siapa kamu bercakap?" tanyanya ingin tahu.

"Ahli terbaru pasukan kami, Chad", jawab Zachary. "Dia seorang polis tempatan yang tahu lebih dari sepatutnya, jadi kita bawa dia untuk ketenteraman awam, dan awam maksudnya kawan-kawan sekerjanya yang lain".

Angelica tersengeh, "Merekalah yang paling teruk di luar sana".

"Tidak terlalu teruk", kata Zachary.

Okay, kata Angelica. "Saya sudah sambungnya, mari periksanya dan lihat apa yang saya ada".

"Maksudnya kamu pun tidak tahu?" tanya Zachary terperanjat.

Назад Дальше