Dia berhenti di pintu mengunakan penglihatan dipertingkatkannya untuk melihat ke kegelapan dalam ruang yang besar itu. Kane dipegang dua langsuir Dan beberapa lagi fikir taktik serangan berpasangan adalah idea yang baik. Melangkah ke dalam, dia tarik pintu tutup di belakangnya dan bergerak ke hadapan bila suara Kane bergema.
"Biar saya buat ini. Cuma jangan beri mereka lepas kamu", kata Kane sedikit tercungap sambil dia memusing leher langsuir yang cuba mengoyakkan tekaknya. Dia tersentap bila taring terbenam di bahunya, membuatnya hilang pegangan ke atas yang satu tadi.
Kedua kening Michael tersembunyi bawah rambutnya yang kusut tapi dia bersandar ke pintu. "Baiklah, jika kamu pasti". Dia memeluk tubuh dan merehatkan badannya ke besi itu.
"Tapi... saya bosan", katanya selepas seketika dan melihat ke langsuir-langsuir tanpa roh yang belum berlawan. "Saya harap salah satu darimu boleh membantu dan lari untuk itu?".
Bila Kane berjaya mencabut kepala langsuir pertama, satu di tepinya buat apa yang Michael suruh, tapi tangan Kane mencapainya dan memegangnya pada jaket kulitnya. "Saya rasa tidak", dia menyeringai dan tariknya untuk berlawan.
"Ibumu tidak ajarmu berkongsi?" Michael tersenyum bila melihat Kane dibelasah teruk. Dia rasa Kane perlu kesakitan itu untuk rasa hidup masa ini. Dia tidak sangsi Kane akan jadi langsuir terakhir yang berdiri dan membebaskan kemarahannya dan kekejamannya mungkin boleh membantu menenangkan kawannya semula... terapi yang terbaik.
"Ibuku seorang pencuri", jawab Kane, melompat dan menghenyak kedua kakinya ke dada satu langsuir yang meluru berlari padanya. Langsuir itu terpelanting dan Kane mendarat di belakangnya. Menendang kakinya, dia bangun semula pantas. "Dia tidak percaya perkongsian".
"Kita berdua tahu ibumu bukan pencuri", jelas Michael. "Dia seorang yang dididik dengan baik".
Kane ditumbuk di muka dan terpelanting ke belakang. Michael mengikuti pergerakannya semasa dia terbang merentasinya dan ke atas sampah yang seakan sama dengan yang Kriss pernah tumbuknya dahulu. Dia mengeluh bila sedar Kane sangat kusut berdarah. Kane meluru ke perlawanannya semula, mengoyak musuh-musuhnya bila dekat.
"Perlu bantuan sekarang?" tanya Michael bersama bunyi tulang patah dan kaki memercik di kolam yang bertambah besar setiap minit. Dia ketawa bila Kane mula mengumat jampi Syn tapi ditumbuk di mulut sebelum sempat menghabiskannya.
"Tidak", Kane menyeringai dan ludah keluar darah ke muka penumbuknya yang menumbuknya sangat kuat hingga dia nampak bintang. Mengambil satu kayu dari kerusi patah semasa berlawan tadi, dia menusuknya ke mulut langsuir itu dengan kuat hingga tembus ke belakang lehernya.
Michael menjengkel mukanya tapi tidak masuk campur. Dia melihat teliti, mengira tiga langsuir mati dan empat hidup. Kane melawan tanpa takut, lebih lagi sekarang dari masa dia tertanam hidup-hidup. Yang mengingatkan Michael pada satu soalan yang belum ditanyanya: bagaimana Kane memecahkan jampi pengurung tanpa darah dari pacar rohnya?.
Kurang dua puluh minit kemudian, Kane terjatuh melutut. Dia melihat melalui kabur merah pandangannya pada bunyi tepukan yang datang mendekatinya. Dia mengesat darah dari mulutnya dan cuba menolak dirinya dari lantai. Dia ketawa bila tidak berdaya kerana lantai itu licin dengan darah.
"Pemenang dapat seratus penampal luka dan tidur semalam di rumah Michael". Dia menunduk dan memeluk pinggang Kane untuk menariknya berdiri. Mereka berdua terhoyong-hayang sebelum dia berjaya mengimbangi mereka.
"Kamu ada rumah?" tanya Kane berharap jika dia terus bercakap dia tidak akan pengsan sebelum sampai ke sana. Dia tahu di mana Michael tinggal, tapi dia tidak mahu mengakunya sebab itu akan mengingatkan Michael untuk marah padanya kerana menjauhinya. Dia tidaklah suka dirinya kerana itu tapi dia rasa perlu menjauhkan dirinya.
"Ya, saya sudah dewasa sekarang. Lagipun, keranda untuk zaman dahulu". Dia tersentap dalam hati sedar Kane mungkin tidak fikir jenakanya lucu. "Tempat itu besar. Ia pernah jadi museum seni berunsur Viktoria sehingga mereka bina yang baru di Beverly Hills. Mungkin jika kamu tinggal dengan saya, tempat itu akan rasa seperti rumah".
"Saya mahu anak anjing", ujar Kane tiba-tiba sementara memaksa kakinya melangkah untuk tidak jatuh semula.
"Kamu mahu apa?" tanya Michael.
"Jika kita tinggal bersama, saya perlu cari anak anjing".
Michael terpaksa senyum pada kawan lamanya. Nampaknya sifat penyayang anjing Kane tidak luntur berdekad lamanya.
Bab 3
"Jadi, apa terjadi pada Micah?" tanya Nick pada Steven semasa mereka parkir di tengah-tengah dua bas di lot parkir di sebelah gereja itu.
Micah dan Quinn bergaduh seperti biasa tentang siapa buat peraturan dan Micah pergi untuk menenangkan dirinya", jawab Steven semasa keluar kereta. Dia masih rasa ianya lucu yang harimau kumbang pandu... kamu boleh agak... kereta jaguar. "Lagipun, mereka ajar sesama mereka berlawan, jadi menumpang sesama mereka sudah biasa".
"Jadi kenapa dia belum balik?" ujar Nick.
"Itu yang jadi persoalannya", keluh Steven. "Quinn fikir Micah lari pergi tapi saya lebih tahu".
"Apa yang buatmu amat pasti?" tanya Nick curiga.
"Sebab Alicia baru pulang untuk beberapa minggu sebelum dia hilang. Micah memang menunggu hari bila dia boleh bawa Alicia pulang. Walaupun semasa Nathaniel hidup, ianya Micah yang seakan ayah kepadanya. Dia tidak akan lari pergi begitu sahaja semasa Alicia di rumah". Dia mengangkat bahu dan tambah, "Atau jika dia mahu tinggalkan keluarganya, dia akan bawa Alicia bersamanya".
Nick mengangguk mushkil jika langsuir-langsuir itu bertanggungjawab atas kehilangan Micah. Itu tidak berbunyi bagus, jadi demi Micah Nick berharap dia cuma panas baran dan belum bertenang. Dia akan tanya Alicia lagi esok.
Steven memandang ke gereja besar itu dengan ukiran-ukiran dan patung-patung yang rumit. Ia nampak seakan dibawa dari Rom yang menunjukkan kekayaan manusia penuh dosa yang masuk keluar pintunya. Yang terkaya yang paling banyak dosa, itulah sebab mereka menunjukkannya pada agama mereka.
Yang sebenarnya tempat ini di mana datuk bandar datang berjabat tangan dan menerima duit dari samseng setiap Ahad selepas sembahyang. Jadi soalan yang ditanya pada dirinya ialah... kenapa gadis itu datang ke sini sendirian tengah-tengah malam?.
Gereja itu gelap kecuali beberapa tingkap berlampu di tingkat dua. Dari apa yang dia ingat, itu adalah kawasan pejabat. Dia mushkil jika paderi yang dia tinggalkan selamat di dalam almari baju sebenarnya tinggal di sini. Ia sesuatu dia tidak jangkakan sehingga sekarang. Penganut Katholik berdedikasi, dia fikir begitu.
Dia telah menerangkan pada Nick apa yang terjadi malam kelmarin... kebanyakkannya sebenarnya. Tidak mungkin dia akan beritahu tentang insiden jubah budak koir itu. Mengeleng kepala, Steven menarik pintu hadapan berharap ianya berkunci tapi yang sedihnya, ia terbuka.
"Tidak berapa bijak", Nick mengerut sambil keluarkan pisau berpemegang tulang dari lengan bajunya dan masuk ke dalam. "Kamu fikir selepas apa yang terjadi malam kelmarin, mereka akan mula mengunci pintu".
"Mungkin seperti apa yang dikata... ianya sentiasa terbuka", Steven mengangkat bahu tapi masuk berhati-hati. "Atau mungkin paderi tua itu menunggu seseorang".
"Saya ulang, tidak berapa bijak", Nick tersentap tahu bukan mereka sahaja makhluk paranormal di dalam bangunan itu. "Saya bau manusia di tingkat atas tapi ada sesuatu yang lain di sini dan saya mushkil ia datang untuk buat pengakuan".
"Saya pergi untuk pastikan paderi itu selamat. Jika kamu jumpa langsuir, buat bijak dan biarkan mereka sehingga kita panggil bantuan". Steven naik ke tingkat atas meninggalkan Nick buat keputusannya.
"Saya pergi untuk pastikan paderi itu selamat. Jika kamu jumpa langsuir, buat bijak dan biarkan mereka sehingga kita panggil bantuan". Steven naik ke tingkat atas meninggalkan Nick buat keputusannya.
Nick mengangguk dan mula mencari ruang bawah tanah gereja itu. Selalunya raksaksa terburuk... lebih dalam mereka suka duduk. Dia tidak kisah pun bersembunyi semasa menyiasat sebab musuhnya boleh melihat dalam gelap sebaik dirinya sendiri.
Terjumpa pintu bertanda 'Ruang Bawah', Nick bukanya dan cepat-cepat turun tangga. Dia mengedut hidung pada bau hapak, lembab itu dan terbersin. Dia memang benci ruang bawah.
Steven buat perkara sama di tingkat atas, membuka pintu dan menjenguk bila melaluinya. Melihat cahaya dari bawah pintu pejabat yang sama dari malam kelmarin, dia ketuk kali ini. Dia boleh hidu bau dari balik pintu dan tahu orang tua itu keseorangan.
"Itu kamu ke, Jewel?" suara orang tua berbunyi.
Steven melangkah ke belakang bila pintu dibuka... dia dan paderi bersemuka. Muka tua sayu dan lembut itu bertukar, matanya terbeliak dan mulutnya terlopong. Steven mengangkat tangan tahu apa akan berlaku, dan dia tidak kecewa bila paderi itu cuba menghempas pintu itu ke mukanya.
Menolak pintu itu, Steven menyelit masuk dan biarkan berat orang tua itu menutupnya semula di belakangnya. Berpusing, dia rampas senjata yang dihayun padanya dan mencampaknya ke seberang bilik dan rasa geram. "Saya beritahu sebelum ini, saya bukan langsuir".
"Saya terjaga di dalam almari". Paderi itu mengingatinya semasa dia ke belakang pada meja. Steven mengeluh bila melihat orang tua untuk meraba-raba atas meja mencari senjata lain. Dia mengangkat kening melihat jari paderi itu memegang stapler besar.
"Saya tidak mahu menyakitimu", ujar Steven. "Tapi jika kamu tidak lepaskan stapler itu, kamu akan terjaga dalam almari lagi". Dia mengangguk bersyukur bila lelaki itu lepaskannya dan diri tegak, yang tidak pun setinggi mana.
"Saya rasa kamu tidak datang untuk pengakuan". Suaranya masih terketar.
"Oh ayah, saya tahu saya berdosa", sengeh Steven tapi melihat jenakanya tidak difahami dia ambil satu kerusi dan pusingnya sedar orang tua itu tersentap pada pergerakan pantasnya. Dia menahan diri dari mengulingkan matanya dan menyandar di kerusi itu, tangannya merentang penyandar belakangnya yang rendah. "Tidakkah kamu lihat yang saya sebahagian sebab kamu masih hidup?. Jika saya tidak menjauhkan kamu dari bahaya, kamu mungkin bukan berdamping dengan maklaikat lagi".
"Bagaimana kamu..." paderi itu tiba-tiba nampak lebih tua semasa dia berjalan ke belakang mejanya dan jatuh duduk. "Bila saya sedar, saya pergi ke tingkat bawah dan nampak orang asing membersihkannya. Kekotoran... saya menyembunyi. Mereka buatnya cepat dan senyap. Kamu boleh buat itu semua?".
"Adakah kamu percaya jika saya kata kami ada kawan maklaikat?". Bila lelaki itu mendongak dan merenungnya tajam Steven menyambung, "Kawanku dan saya datang ke sini untuk memastikan gereja ini masih bersih".
"Kamu fikir ada lagi?" paderi itu mengosok mukanya.
"Saya tahu ada lagi. Soalannya, adakah mereka di sini?". Steven berdiri tahu dia telah biarkan Nick keseorangan terlalu lama. Kawannya diketahui tidak penakut dan itu membuatnya cemas. "Kita tidak mahu kejadian malam kelmarin berulang".
Paderi itu merenungnya tajam seakan mencari pembohongan. Akhirnya, orang tua itu mengeluh dan mengangguk kepalanya, "Okay, atas sebab-sebab tertentu saya percaya kamu. Kadang-kadang tuhan melakukan sesuatu secara misteri. Buatlah apa yang kamu perlu".
"Berharap, kali ini kami tidak jumpa apa-apa... jembalang dan kamu boleh tetap berjaga jika janji duduk diam di sini". Dia teringat apa yang paderi itu berkata bila dia buka pintu. "Kamu tunggu siapa?".
"Ya, dia patut datang malam kelmarin, tapi..." dia mengacu ibu jari ke almari. "Dia panggil sejam yang lalu kata dia dalam perjalanan".
Steven rasa degupan jantungnya naik. "Ada seorang gadis di sini malam kelmarin dan saya perlu bercakap dengannya... rambut perang, cantik. Kamu kenal dia?".
Jewel? tanya paderi itu. "Mestilah, saya patut mengahwini dia".
"Apa!" kata Steven sedikit kuat kemudian menyeringai, "Sejak bila paderi tua kahwin gadis muda?".
"Kamu memang pintar", paderi itu mengeleng kepala kemudian menguatkan semangatnya. "Bukan untuk saya... dan itu bukan hal kamu pun. Kamu jauhi gadis itu. Dia ada banyak masalah dengan raksaksa yang dia pun tahu. Jangan kaitkan dia dengan peperangan jembalang".
Steven mengerut tidak suka cakap itu. Dia bertaruh paderi itu mahu kata samseng bukannya raksaksa. Dia tidak kisah mana satu, setelah pernah terbabit dengan samseng juga. Mereka suka datang Lampu Malam sebab ianya lebih mewah di bandar itu. Ia membantu seseorang rehat bila pelanggan kelas bawahan tidak mampu melalui pintunya.
Dia perlahan-lahan menyahkan mereka untuk bertahun lamanya dan bila ada masalah, sesuatu akan terjadi dan mereka akan pergi jauh atau hilang terus. Samseng Irish, Itali, Rusia, penganas IRA, bekas KGB, Yakuza, dan desas-desus ahli Illuminati yang terkenal... Steven tidak kisah. Mereka semua dari dahan yang sama jika tanya dia. Tapi kadang-kadang ianya satu kelebihan jika ada ahli mereka menyokong kita.
"Panggil dia dan kata padanya jangan datang malam ini". Dia tolak telefon dekat pada orang tua itu dan memeluk tubuh menunggu kepastian paderi itu buat apa yang disuruhnya.
Orang tua itu mengetap bibirnya. Jika dia telefon rumah gadis itu dan ayahnya jawab, Jewel akan dapat masalah dan mungkin terbaring muka di bawah dalam suatu lorong. Dia sebagai paderi pun tidak boleh selamatkan ayahnya juga. "Dia tidak datang", katanya tidak pasti, kemudian sambung dengan lebih tegas sambil melihat jam di dinding. "Dia patut sudah sampai sekarang jika datang".
Steven rasa kecewa tidak dapat berjumpa dengannya dan rasa lega dia selamat bertembung di dadanya. Mahukan kepastian, dia berdiri dan letakkan kerusi di mana dia ambil tadi. "Saya akan kembali untuk beritahu bila kerja kami selesai".
"Tunggu!" paderi itu panggil bila Steven buka pintu. "Jika kamu jumpa dia...".
"Saya akan hantar dia terus padamu", janji Steven dan berjalan keluar.
Menutup pintu, Steven mengeleng kepala dan mula di ruang jalan. Tingkat ini bersih dan dia perlu mencari Nick sebelum sesuatu terjadi. Turun ke tingkat bawah, dia melihat sekeliling tapi tidak jumpa Nick.
"Baiklah, ke mana kamu pergi?" ujar Steven dan mula mencari di balik pintu yang tertutup.
Dia jumpa pintu ruang bawah terbuka dan mahu menampar dirinya bila sedar cara pemikiran Nick. "Tempat gelap, bawah tanah... DUH!".
Dengan membuat bunyi bising, Steven turun tangga dan mengesot hidungnya pada kehangatan basah itu. "Cilaka ia busuk bawah sini".
Dia mendekati satu lagi pintu terbuka dan melangkah masuk. Nick sedang berdiri di hadapan dandang yang pintunya terbuka luas dan menusuk-nusuk sesuatu di dalam api dengan batang besi.
"Jumpa apa-apa?" tanya Steven.
Menjawab, Nick mengeluarkan besi itu dari api dengan tengkorak hangus tergantung dari hujungnya pada lubang mata. "Saya fikir ianya menunjukkan seseorang manusia di senarai orang yang hilang tidak akan dijumpai dalam masa terdekat".
"Saya rasa gereja ini tempat biasa samseng buat kerja mereka" jelas Steven.
"Dalam gereja Katholik?" bentak Nick. "Tiada lagi tempat suci?".
Steven mengangkat bahu, "Seperti yang dikata, tiada yang tentu kecuali mati dan cukai".
Nick jatuhkan tengkorak balik ke dandang dan tutup pintunya. "Atau dalam kes kita, bulu dan anak kucing".
Mereka berdua tergelak sebelum Steven pulih sedikit. "Okay, kita perlu jadi serius".
Mereka berpecah, setiap seorang meninjau bahagian lain bilik besar itu sehingga Steven nampak sesuatu belakang tong sampah besar yang penuh papan. "Hey Nick, bantu saya dengan ini".