Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship 4 стр.


Mereka berdua tergelak sebelum Steven pulih sedikit. "Okay, kita perlu jadi serius".

Mereka berpecah, setiap seorang meninjau bahagian lain bilik besar itu sehingga Steven nampak sesuatu belakang tong sampah besar yang penuh papan. "Hey Nick, bantu saya dengan ini".

Nick mendekati dan bantu Steven menolak tong itu ke tepi cukup untuk dapat lihat dengan lebih baik, yang tidak baik mana pun. Satu terowong kecil, sempit telah dikorek pada batu itu dan masuk ke dalam tanah. Gelapnya pekat dan kedua harimau itu sukar melihat ke dalam.

"Terlanjur baik kita lihat", ujar Nick dan bergerak untuk menyelit badan kurusnya ke bukaan itu.

Steven mencapai dan pegang tangan Nick dan geleng kepala. "Tidak, kita pulang dan biar Warren dan Quinn tahu apa kita jumpa. Satu harimau bintang hilang dan, pendapat saya, itu satu terlalu banyak. Saya tidak mahu tambah harimau kumbang pada senarai itu, juga".

Aw gee, Nick tersenyum dan memegang tangannya erat pada Steven yang terkejut. "Kamu..." dia menangis pura-pura dan sambung tersekat-sekat. "Kamu memang perihatin".

Steven meronta menolak Nick menjauhinya, sehingga terperuk ke dinding. "Cilaka", ujarnya sementara Nick ketawa. "Mari kita keluar dari sini".

Semasa sampai ke atas tangga, Steven percaya Nick sudah gila semasa itu. Gereja itu sunyi sepi dan Steven melihat ke ruang jalan yang ada tangga ke pejabat tingkat atas di mana paderi itu menunggu.

"Tunggu sini sekejap", kata Steven. "Saya perlu beritahu paderi itu".

Nick mengangkat bahu dan sandar di satu bangku menunggu.

Hello, Steven. satu suara datang entah dari mana.

Nick terlompat dan Steven menjerit terkuis kakinya sendiri dan jatuh. Nick terkebil bila seorang lelaki berambut hitam keluar dari bayang-bayang tersenyum gila pada Steven.

"Cilakalah, Dean!" teriak Steven sambil bangun dari lantai. "Jangan cuba menakutkan saya".

Dean tersengeh dan sandar pada tiang di sebelah bangku dan memeluk tubuh. "Sebenarnya saya tidak perlu cuba".

"Cilaka kamu!" Steven menyeringai. "Saya akan bercakap dengan paderi itu, saya akan kembali".

"Pastikan kamu pulangkan jubah koir yang kamu pinjam", Dean mengejeknya. "Saya kesian ada budak tiada pakaian untuk gereja".

Steven kaku bila Dean berkata itu dan pusing menjeling maklaikat yang jatuh itu.

"Jubah koir?" tanya Nick dan angkat kening tinggi hingga hampir ke rambut. "Kamu pakai jubah koir?".

"Saya berubah bentuk, ada kecemasan. Saya perlu selamatkan seorang gadis dari di sedut langsuir", Steven pertahan dirinya.

Ya, kicau Dean. Gadis yang sama kamu dipukul di hadapannya".

"Seperti kamu tidak pernah dipukul", balas Steven garang.

Dean berhenti dan berfikir sejenak. "Tidak, saya tidak pernah dipukul tapi saya pernah dikurung".

Argh! raung Steven, mengangkat tangan ke atas dan berjalan pergi.

Nick memandang Dean, "Ada idea di mana dia simpan jubah itu?".

"Bawah katilnya", jawab Dean.

Nick tersengeh, "Bahan peras ugut yang sempurna, terimakasih".

"Yang pasti, saya suka melihat dia terkebil... itu dan dia fikir saya sentiasa cari peluang menendang punggungnya".

"Kejamnya", kata Nick tergelak.

"Saya maklaikat yang jatuh", kata Dean. "Kita tiada banyak yang menghiburkan".

Steven mendekati pintu pejabat paderi dan angkat tangan untuk ketuk bila terdengar suara dari dalam. Satu dikenali dari paderi, yang lagi satu dari wanita. Turunkan tangan, dia mendakap telinganya ke pintu untuk mendengar.

Jewel berlegar-legar cuba fokus tapi ianya sukar. Yang pertama dalam ingatannya bila masuk pejabat itu ialah diserang langsuir dan nampak seorang bogel yang lelaki atau perubah bentuk... salah satu itu. Dia mengambil lima minit lepas menjawab soalan-soalan paderi itu tentang malam kelmarin tapi sekarang dia ada masalah lebih besar.

"Kamu tidak sepatutnya merayau tengah malam", kata paderi itu. "Ia merbahaya. Apa akan jadi jika ayahmu atau tunangmu tangkap kamu?".

Jewel meluru terus ke mejanya dan menghentam tapak tangan ke atasnya. "Tidak, merekalah yang membuatnya bahaya... memanjat keluar dari tingkap dan menyelinap melepasi pengawal bersenjata yang mengurungku dan cuba masuk balik tanpa ditangkap".

"Ayahmu cuma cuba melindungimu". Dia cuba menenangkannya tapi tahu apa dia katakan adalah benar. Ayahnya datang ke sini setiap minggu buat pengakuan... membasuh tangannya dari darah dan rasa bersalah.

"Tidak, dia cuba paksa saya kahwin rakan perniagaannya untuk bayar balik hutang! Hutang yang tiada kena mengena denganku. Tidak ada undang-undang kah melawan perhambaan dalam negara ini?".

"Tapi bila kamu dan Anthony bertemu di sini, kamu kata kamu cintanya sepenuh hati", jelas paderi itu. "Itu bukan sesuatu yang patut kamu tipu. Ianya memalukan di mata tuhan".

"Ya tapi, ada dua pengawal berdiri di belakang kerusi kami... kamu ingat tidak?. Yang di belakangku menusuk hujung pistolnya ke belakangku. Saya tidak boleh cinta seorang yang ego, suka guna kekerasan, penjahat seperti Anthony. Dia janji untuk bunuh saya dan ayah saya jika tidak kahwininya. Dan awal malam ini, bila saya beritahu ayah saya saya tidak mahu Anthony, dia pukul saya sangat kuat saya nampak di mana bintang-bintang, sebab saya boleh kiranya".

Kedua-dua Jewel dan paderi itu terkejut bila pintu pejabat tiba-tiba terbuka dengan kuat sehingga menghentam dinding dan jatuhkan gambar-gambar dan salib bersalut emas.

Steven berdiri di ruang pintu merenung kedua mereka. Tapi, lebam di pipi Jewel membuatkan Steven marah. "Kamu berdua perlu ikut saya".

Lutut Jewel longgar bila nampak lelaki misteri itu masih hidup. Dia fikir lelaki itu sudah dibunuh langsuir banyak kali sejak lari darinya. Beberapa kali dia menyesal lari hingga menangis. Sekarang bila dia boleh bernafas lega, dia mahu menjerit.

Kenapa setiap kali dia datang untuk bercakap dengan paderi itu secara tertutup, mereka ada kecemasan?. Dia kurang takut pada perubah bentuk ini dari tunangnya yang suka bersenjata dan sehingga dia terdengar pengera api atau muka bertaring, dia tidak akan berganjak.

"Tidak kali ini", Jewel beritahunya memeluk tubuh.

"Saya tidak boleh tinggalkan gereja ini tidak dijaga", orang tua itu mula berkata tapi dicantas cepat oleh Steven.

Dia mengambil langkah deras ke meja semasa berkata, "Kamu ada perjanjian dengan iblis dan mahu langsuir itu makan paderi ini?. Adakah kamu membakar tubuh mereka dalam dandang?". Bila paderi itu buka mulut tapi tidak bersuara Steven menyambung, "Atau orang-orang berdosa yang kamu ajar telah melakukan pembunuhan besar-besaran di ruang bawah tanah dan mengali terowong untuk melarikan diri?".

Oh tidak orang tua itu memberi Steven pandangan gelisah. "Jika saya tinggalkan gereja ini, berapa lama sehingga saya boleh pulang?".

"Beri saya nombor telefon bimbitmu. Saya panggil dalam beberapa jam. Jangan pulang sehingga kami beri kebenaran". Dia mengeluh tahu dia menang perbahasan itu bila orang tua itu mula mencari sesuatu dalam laci untuk ambil benda yang penting untuk dibawanya.

Jewel cuba bertenang sementara perlahan-lahan bergerak ke pintu yang terbuka. Kebebasan... kenapa dia sentiasa lari daripada orang gila?.

"Jangan buat saya kejar kamu", Steven mengetap gigi semasa menoleh ke tepi dan bersetentang mata dengannya. "Saya kata dia boleh balik rumah... bukan kamu".

Bibir Jewel terbuka dan dia kaku dari bergerak. Berani dia beri arahan padanya?. Dia mengetap gigi sedar dia mengikut arahannya juga. Dia mendongak degil dan buat keputusan. Jika dia dapat bebas, dia akan terus lari... dari mereka semua, termasuk ayahnya.

"Apa yang kamu mahu buat padanya?" bentak paderi itu marah.

"Saya akan buat apa yang kamu tidak mahu buat... buat dia selamat", jerit Steven tidak mahu bergaduh tentang ini. Lebam di muka Jewel telah membuatnya marah dan dia tidak akan hantarnya pulang kepada lelaki yang membuat lebam itu.

"Saya tidak perlukan satu lagi pelindung", Jewel berpusing untuk pergi tapi berhenti bila melihat dua lelaki yang kelihatan merbahaya menghalang pintu itu.

Dean rasa kegelisahan Steven hingga bawah tangga dan sekarang dia memandang ke gadis yang jadi penyebabnya, dia boleh faham kenapa. Membaca rohnya, dia lihat sekilas bayangan maklaikat maut.

"Kamu salah". Dia bergerak sangat cepat, kedua-dua perubah bentuk di bilik itu pun tidak sedar. "Kamu perlukan pelindung".

Jewel menahan jeritan bila tapak tangan lelaki itu menekan di pipi lebamnya dan matanya bertukar ke warna merkuri. Tangan sejuk bekunya yang menekan di jantungnya sepanjang masa itu cair. Tiba-tiba dia teringat perasaan yang sudah begitu lama dilupainya... kehangatan, keselamatan... kesayangan.

Paderi itu tersandar ke mejanya bila bayang-bayang kepak terpampar dari belakang lelaki itu, bersinar seketika, kemudian hilang.

"Saya turun ke bawah", ujar Dean sementara udara berkisar di ruang yang dia tiba-tiba ghaib.

Steven tidak faham kenapa Dean memilih masa itu untuk menunjukkan kuasanya tapi dia suka maklaikat yang jatuh itu melakukannya. Pipi Jewel sembuh dan paderi itu kelihatan bersinar.

"Kita perlu pergi... sekarang", kata Nick dari ruang pintu.

Steven pegang tangan Jewel dan mula keluar pintu, suka yang kejutan tadi membuatnya tidak melawan pada masa itu.

"Tunggu", panggil paderi itu, membuatkan Steven dan Nick berhenti untuk memandangnya. "Adakah itu...?" dia terketar, menunjuk tempat Dean berdiri tadi.

Steven senyum pada kegembiraan di mata paderi tua itu. "Ya... betul".

Paderi itu tersenyum bila Steven dan Nick tinggalkan bilik itu dengan Jewel. Dia mengangguk sekali dan mula mengumpul barang-barang yang diperlukannya. Dalam mindanya, tuhan sedang siapkan bumi untuk kepulangannya.

Steven dan Nick melangkah keluar gereja tapi Steven menahan Jewel berhenti supaya dia boleh memandang ke tingkap pejabat. Dia menarik nafas lega bila lihat lampu pejabat dipadamkan.

"Nampaknya si tua itu terima nasihatmu", kata Nick.

Steven mengeleng kepala, "Lebih pada dia lihat Dean sebagai apa dia sebenarnya dan dapat perasaan keagamaan. Dia beri nombor telefonnya, saya akan telefonnya bila ianya selamat".

"Saya tidak rasa beberapa jam cukup", ujar Nick padanya.

"Ianya cukup", jawab Steven. "Sekarang, mari balik ke kelab untuk beritahu Warren dan Quinn berita ini".

Dean duduk di atap gereja itu dan senyum pada mereka bertiga semasa meninggalkan gereja itu. Dia sudah berikan Steven bantuan yang perlu tapi jampi ketenangan yang diberikan pada gadis itu tidak akan kekal lama. Dia boleh rasa kegelapan di bawah bangunan itu mula tersebar semasa langsuir-langsuir keluar dari terowong itu.

Tidak seperti mereka dari malam kelmarin, mereka ini dikawal sesuatu yang lebih gelap, lebih jahat, dari yang Dean pernah jumpa.

Dean berkerut mushkil kenapa dia tidak rasainya semasa membersihkan kumpulan pertama yang tinggal di situ. Kawalan ini sangat tua dan amat berkuasa. Secepat dia rasainya, kegelapan itu hilang dan cuma kehadiran langsuir-langsuir sahaja yang tinggal.

Maklaikat yang jatuh masuk semula ke gereja untuk menyiasat orang tua itu dan pastikan dia keluar masih hidup.

Bab 4

Trevor dan Kat mengesan langsuir itu di tengah bandar.

"Apa yang dia buat?" bisik Kat, mula curiga.

"Nampak macam dia membeli belah", jawab Trevor bila langsuir itu berhenti di tingkap kedai dan melihat ke dalam tingkap gelap itu.

Langsuir ini muda, tidak sampai lapan belas dari rupanya. Dia berambut hitam lurus dan memakai kacamata bulat. Dengan rambutnya disikat ke belakang, dia nampak segak kecuali kulitnya yang pucat.

Mereka berdua mempercepatkan jalan bila langsuir itu tiba-tiba berpusing dari tingkap itu dan sambung berjalan di jalan. Walaupun kedai semua tutup, kaki lima sibuk malam itu.

Mereka terjumpa tubuh mangsa terakhir langsuir itu terbaring di laman yang kemas. Dengan deria bau yang tajam, mereka dapat mencari penghisap darah itu bila ia sampai di Rodeo Drive. Dari situ, Trevor terpaksa menahan Kat dan menasihatnya bahawa terlalu ramai orang di sekitar situ untuk mereka mengejarnya tergesa-gesa.

Sekarang, mereka di situ, mengikut langsuir dengan kaki dan keduanya tiada keinginan berbual. Selepas itu mereka naik bas bandar tidak kisah destinasinya. Akhirnya, langsuir itu tarik loceng untuk turun. Kat dan Trevor sambung ke perhentian seterusnya dan turun sebelum menyambung mengejarnya. Langsuir itu terus berjalan dan Kat menyeringai geram.

"Saya mula fikir langsuir ini ambil dadah. Kita hampir buat pusingan penuh", dia komplen. "Kita cuma beberapa blok dari kelab".

"Itu dia pergi!" teriak Trevor dan lari ke lorong langsuir itu ghaib.

Kasut Trevor menciut bila berhenti di mulut lorong itu dan meninjau ke dalam. Kat berdiri di sebelahnya, menunduk sedikit supaya mereka berdua boleh meninjau di bucu itu.

"Cilaka", Trevor menyumpah dan keluarkan 9mm nya.

"Saya tidak faham kenapa kamu bawa pistol", kata Kat walaupun dia tahu Nick pun bawa satu. Ia bukan pistol itu yang Nick bergantung... ianya peluru istimewa yang di dalamnya. "Benda itu tiada guna ke atas langsuir".

Trevor tersengeh, "Kamu lupa saya kerja dengan siapa. Peluru ini direka untuk pecah selepas tembus dan tengahnya dikosongkan dan diisi sedikit asid muriatik. Itu akan makan semuanya dari dalam".

"Kenapa asid itu tidak makan peluru?" tanya Kat, mencungkil rahsia untuk merasuah Nick.

"Ada bekas di dalam peluru yang dikosongkan yang asid itu tidak boleh makan. Saya terlupa ianya bahan apa sekarang", jelas Trevor. "Ianya cukup kuat untuk tidak dimakan asid itu tapi boleh pecah bila terkena impak".

Kat perlahan-lahan berdiri tegak, "Mari kita masuk?".

Trevor memegang erat pistolnya dan masuk dahulu, diikuti Kat yang memegang pisau-pisau tajam di kedua tangannya; terimakasih pada Trevor. Mereka memeriksa keseluruhan lorong itu sebelum sedar langsuir itu sudah hilang.

Trevor merehatkan diri dan menurunkan senjata. "Dia hilang!".

Kat melepaskan keluhan hampa, "Baiklah, sebab kita sudah dekat, baik kita balik ke kelab".

"Walaupun suka mempermainkan kamu berdua yang bodoh malam ini", suara berkata di belakang mereka. "Saya mesti jemput kamu makan malam".

Kat dan Trevor berpusing ke suara itu dan kaku bila melihat langsuir yang mereka cari dengan lima yang lain.

"Anak haram ini tahu kita mengintainya", Trevor menyeringai dan naikkan pistolnya dan bersedia.

Dengan dinding di tiga sisi dan langsuir-langsuir di hadapan mereka, Kat tahu dia dan Trevor terpaksa melawan untuk keluar dari situ. Dia melutut rendah bila langsuir-langsuir itu datang dekat. Seorang berambut merah menyala melompat berharap memerangkap mereka, dari belakang.

Kat tiba-tiba menolak dirinya ke atas dan bergelut dengan langsuir itu di tengah lompatannya. Kuku tajamnya walaupun tidak berubah tapi ia bersedia. Mereka jatuh ke tanah dengan langsuir itu di bawah di atas belakangnya.

Penghisap darah itu memegang pergelangan kanannya kuat, dia rasa tulangnya terkehel dengan sakit. Tergamam kesakitan, dia menepis pergelangannya ke bawah, menikam pergelangan langsuir itu sebagai balasan. Membebaskan dirinya, Kat tidak teragak menusuk tangan kanannya ke dada raksaksa itu dan mencabut jantungnya.

Trevor mengacu dan menembak langsuir yang diburu mereka sepanjang malam ini. Peluru itu kena tekaknya dan, untuk seketika, dia cuma menjeling pada Trevor dengan riak tidak percaya dan mencakar tekaknya itu. Jeritannya terkedu bila asid yang terlepas dari peluru terkena kotak suaranya.

Назад Дальше